TEKS BAHASA ARAB
إنكم في زمان من ترك منكم عشر ما أمر به هلك، ثم يأتي زمان من عمل منهم بعشر ما أمر به نجا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya kamu berada pada zaman yang sesiapa dalam kalangan kamu meninggalkan satu persepuluh perkara yang diperintahkan nescaya dia binasa. Kemudian, kelak akan datang satu zaman yang sesiapa dalam kalangan mereka yang melakukan satu persepuluh daripada perkara yang diperintahkan maka dia berjaya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis nombor 6670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: إنكم في زمان من ترك منكم عشر ما أمر به هلك، ثم يأتي زمان من عمل منهم بعشر ما أمر به نجا.
[ت، تمام، حل، الهروي في ((ذم الكلام))، السهمي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (684)].
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya kamu berada pada zaman yang sesiapa dalam kalangan kamu meninggalkan satu persepuluh perkara yang diperintahkan nescaya dia binasa. Kemudian, kelak akan datang satu zaman yang sesiapa dalam kalangan mereka yang melakukan satu persepuluh daripada perkara yang diperintahkan maka dia berjaya.
[Riwayat al-Tirmizi, Tammam, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya`, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, al-Sahmi, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 684].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.