Meninggalkan keduniaan adalah lebih pahit daripada kesabaran dan lebih sukar daripada menghayun pedang di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

ترك ‌الدنيا أمر من الصبر، وأشد من حطم السيوف فى سبيل الله، ولا يتركها أحد إلا أعطاه مثل ما يعطي الشهداء، وتركها قلة الأكل والشبع، وبغض الثناء من الناس، فإنه من أحب الثناء من الناس أحب الدنيا ونعيمها، ومن سره النعيم فليدع الثناء من الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Meninggalkan keduniaan adalah lebih pahit daripada kesabaran dan lebih sukar daripada menghayun pedang di jalan Allah. Tidaklah seseorang itu meninggalkannya melainkan dia akan diberikan (ganjaran) sebagaimana diberikan kepada para syuhada. (Makna) meninggalkannya : Sedikit makan dan sedikit kenyang, dan membenci pujian daripada manusia, kerana sesungguhnya sesiapa yang cintakan pujian daripada manusia, dia akan cintakan dunia dan segala nikmatnya. Barang siapa yang suka akan (syurga) yang penuh nikmat, hendaklah dia meninggalkan pujian daripada manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 590, hadis nombor 3030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌ترك ‌الدنيا أمر من الصبر، وأشد من حطم السيوف فى سبيل الله، ولا يتركها أحد إلا أعطاه مثل ما يعطي الشهداء، وتركها قلة الأكل والشبع، وبغض الثناء من الناس، فإنه من أحب الثناء من الناس أحب الدنيا ونعيمها، ومن سره النعيم فليدع الثناء من الناس)). [فر، ((الضعيفة)) (235)].

(Palsu) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Meninggalkan keduniaan adalah lebih pahit daripada kesabaran dan lebih sukar daripada menghayun pedang di jalan Allah. Tidaklah seseorang itu meninggalkannya melainkan dia akan diberikan (ganjaran) sebagaimana diberikan kepada para syuhada. (Makna) meninggalkannya : Sedikit makan dan sedikit kenyang, dan membenci pujian daripada manusia, kerana sesungguhnya sesiapa yang cintakan pujian daripada manusia, dia akan cintakan dunia dan segala nikmatnya. Barang siapa yang suka akan (syurga) yang penuh nikmat, hendaklah dia meninggalkan pujian daripada manusia. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 235].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs