Meninggalkan doa itu adalah maksiat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الرزق لا تنقصه المعصية ولا تزيده الحسنة، وترك الدعاء معصية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya rezeki itu tidak menjadi kurang kerana maksiat dan tidak bertambah kerana kebaikan, meninggalkan doa itu adalah maksiat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1402, hadis nombor 7102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي سعيد رضي الله عنه، مرفوعا: إن الرزق لا تنقصه المعصية ولا تزيده الحسنة، وترك الدعاء معصية.
[طص، عد، ((الضعيفة)) (181)]

(Palsu)
Daripada Abi Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya rezeki itu tidak menjadi kurang kerana maksiat dan tidak bertambah kerana kebaikan, meninggalkan doa itu adalah maksiat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 181]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.