Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرِّزقَ لا تنقصُه المعصيةُ ، و لا تزيدُه الحسَنةُ ، و تركُ الدُّعاءِ مَعصيةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya rezeki itu tidak menjadi kurang kerana maksiat dan tidak bertambah kerana kebaikan, meninggalkan doa itu adalah maksiat.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1402, hadis no. 7102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد رضي الله عنه، مرفوعا: إن الرزق لا تنقصه المعصية ولا تزيده الحسنة، وترك الدعاء معصية. [طص، عد، ((الضعيفة)) (181)]
(Palsu) Daripada Abi Sa'id RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya rezeki itu tidak menjadi kurang kerana maksiat dan tidak bertambah kerana kebaikan, meninggalkan doa itu adalah maksiat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 181]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman