Meninggal dunia dalam keadaan dia menuntut ilmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من جاءه أجله وهو يطلب العلم؛ لقي الله ولم يكن بينه وبين النبيين إلا درجة النبوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang telah sampai ajalnya dalam keadaan dia menuntut ilmu, dia pasti bertemu Allah dalam keadaan tidak ada beza antara dia dan para nabi kecuali darjat kenabian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis nombor 6593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من جاءه أجله وهو يطلب العلم؛ لقي الله ولم يكن بينه وبين النبيين إلا درجة النبوة.
[طس، خط، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5156)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang telah sampai ajalnya dalam keadaan dia menuntut ilmu, dia pasti bertemu Allah dalam keadaan tidak ada beza antara dia dan para nabi kecuali darjat kenabian.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5156]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.