Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من جاءه أجلُه وهو يطلبُ العلمَ؛ لَقِيَ اللهَ ولم يكن بينَه وبينَ النبيِّينَ إلا درجةُ النبوةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang telah sampai ajalnya dalam keadaan dia menuntut ilmu, dia pasti bertemu Allah dalam keadaan tidak ada beza antara dia dan para nabi kecuali darjat kenabian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis no. 6593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من جاءه أجله وهو يطلب العلم؛ لقي الله ولم يكن بينه وبين النبيين إلا درجة النبوة. [طس، خط، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5156)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang telah sampai ajalnya dalam keadaan dia menuntut ilmu, dia pasti bertemu Allah dalam keadaan tidak ada beza antara dia dan para nabi kecuali darjat kenabian. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5156]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman