Menikahi tangan (onani) adalah perbuatan yang terkutuk

TEKS BAHASA ARAB

ناكح اليد ملعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menikahi tangan (onani) adalah perbuatan yang terkutuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((ناكح اليد ملعون)).
[أبو الشيخ بن حيان في ((مجلس من حديثه))، ابن بشران، ((الضعيفة)) (4851)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Menikahi tangan (onani) adalah perbuatan yang terkutuk.
[Riwayat Abu al-Shaikh bin Hayan Mujallas min hadisihi, Ibn Busyran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no 4851].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs