Mengumpat itu membatalkan wuduk dan solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الغيبة تنقض الوضوء والصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengumpat itu membatalkan wuduk dan (juga membatalkan) solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis nombor 46. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الغيبة تنقض الوضوء والصلاة)).
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (835)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengumpat itu membatalkan wuduk dan (juga membatalkan) solat.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.835]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.