Mengumpat dan mengadu domba itu akan menggugurkan keimanan

TEKS BAHASA ARAB

الغيبة والنميمة تحتان الإيمان؛ كما يعضد الراعي الشجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengumpat dan mengadu domba itu akan menggugurkan keimanan, sebagaimana seorang penggembala mencantas pokok.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 97, hadis nombor 504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عثمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: الغيبة والنميمة تحتان الإيمان؛ كما يعضد الراعي الشجر.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5262)]

(Palsu)
Daripada ‘Uthmān ibn ‘Affān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengumpat dan mengadu domba itu akan menggugurkan keimanan, sebagaimana seorang penggembala mencantas pokok.
[Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5262]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.