Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغيبةُ والنميمةُ تحُتَّانِ الإيمانَ؛ كما يعضدُ الراعي الشجرَ.
Teks Bahasa Melayu
Mengumpat dan mengadu domba itu akan menggugurkan keimanan, sebagaimana seorang penggembala mencantas pokok.
Sahabat Perawi
- ‘Uthmān bin ‘Affān RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 97, hadis no. 504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عثمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: الغيبة والنميمة تحتان الإيمان؛ كما يعضد الراعي الشجر. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5262)]
(Palsu) Daripada ‘Uthmān ibn ‘Affān RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengumpat dan mengadu domba itu akan menggugurkan keimanan, sebagaimana seorang penggembala mencantas pokok. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5262]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman