Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mengumpat boleh membatalkan wuduk

Teks Bahasa Arab

الْغِيبَةُ تَنْقُضُ الْوُضُوءَ وَالصَّلاَةَ.

Teks Bahasa Melayu

Mengumpat boleh membatalkan wuduk namun tidak membatalkan solat.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 57, hadis no. 318. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh dan dalam sanadnya terdapat Sahl bin Husain, perawi yang didakwa melakukan pendustaan.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.