Mengucapkan tahniah sempena kedatangan bulan-bulan tertentu

TEKS BAHASA ARAB

التهنئة بالشهور والأعياد مما اعتاده الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengucapkan tahniah sempena kedatangan bulan-bulan tertentu dan perayaan adalah suatu kebiasaan manusia.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 87, hadis nombor 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يرد فيه شيء.

Tiada padanya sebarang hadis.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.