Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mengingkari takdir adalah permulaan kepada syirik

Teks Bahasa Arab

ما هلَكت أمَّةٌ قطُّ إلَّا بالشِّركِ باللهِ - عزَّ وجلَّ-، وما أشركَت أمَّةٌ حتَّى يكونَ بَدءُ شركِها التَّكذيبُ بالقدَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Tiada yang dapat memusnahkan sesuatu umat kecuali perbuatan syirik kepada Allah Azzawajalla, dan sesuatu kaum itu tidak mempersekutukan Allah SWT sehinggalah permulaan syiriknya (kaum tersebut) ialah dengan mengingkari (menolak) takdir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis no. 2526.

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو بن العاص - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما هلكت أمة قط إلا بالشرك بالله - عز وجل-، وما أشركت أمة حتى يكون بدء شركها التكذيب بالقدر)). [ابن أبي عاصم، طص، المخلص في ((حديثه))، تمام، الآجري في ((الشريعة))، اللالكائي، ابن عساكر، الباغندي في ((مسند عمر بن عبدالعزيز))، ((الضعيفة)) (3398)]

(Lemah ) Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada yang dapat memusnahkan sesuatu umat kecuali perbuatan syirik kepada Allah Azzawajalla, dan sesuatu kaum itu tidak mempersekutukan Allah SWT sehinggalah permulaan syiriknya (kaum tersebut) ialah dengan mengingkari (menolak) takdir. [Riwayat Ibnu Abi ‘Asim, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, al-Mukhlis dalam Hadisnya,Tammam, al- Ajuri dalam al-Syariah, al-Lalukai, Ibn ‘Asakir, al-Baghandi dalam Musnad Umar bin Abdul Aziz. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3398]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.