Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mengingati para anbia sebahagian daripada ibadah

Teks Bahasa Arab

ذِكْرُ الأنبياءِ من العبادةِ، وذِكْرُ الصالحينَ كفارةُ الذنوبِ، وذِكْرُ الموتِ صدقةٌ، وذِكْرُ النارِ من الجهادِ، وذِكْرُ القبرِ يُقَرِّبُكم من الجنةِ، وذِكْرُ النارِ يُبَاعِدُكم من النارِ، وأَفْضَلُ العبادةِ تَرْكُ الجهلِ، ورَأْسُ مالِ العالِمِ تَرْكُ الكِبْرِ، وثمنُ الجنةِ تَرْكُ الحسدِ، والنَّدَامةُ من الذنوبِ التوبةُ الصادقةُ.

Teks Bahasa Melayu

Mengingati para anbia sebahagian daripada ibadah, mengingati orang-orang soleh ialah penghapusan dosa-dosa, mengingati kematian ialah sedekah, mengingati neraka sebahagian daripada jihad, mengingati kubur akan mendekatkan kalian kepada syurga, mengingati neraka akan menjauhkan kalian dari neraka. Sebaik-baik ibadah adalah meninggalkan kejahilan, modal seorang yang alim adalah meninggalkan kesombongan, harga syurga adalah meninggalkan hasad, dan penyesalan daripada dosa-dosa ialah taubat yang benar.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1984, hadis no. 9933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ذكر الأنبياء من العبادة، وذكر الصالحين كفارة الذنوب، وذكر الموت صدقة، وذكر النار من الجهاد، وذكر القبر يقربكم من الجنة، وذكر النار يباعدكم من النار، وأفضل العبادة ترك الجهل، ورأس مال العالم ترك الكبر، وثمن الجنة ترك الحسد، والندامة من الذنوب التوبة الصادقة)). [فر، ((الضعيفة)) (1932)]

(Palsu) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengingati para anbia sebahagian daripada ibadah, mengingati orang-orang soleh ialah penghapusan dosa-dosa, mengingati kematian ialah sedekah, mengingati neraka sebahagian daripada jihad, mengingati kubur akan mendekatkan kalian kepada syurga, mengingati neraka akan menjauhkan kalian dari neraka. Sebaik-baik ibadah adalah meninggalkan kejahilan, modal seorang yang alim adalah meninggalkan kesombongan, harga syurga adalah meninggalkan hasad, dan penyesalan daripada dosa-dosa ialah taubat yang benar. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1932]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.