Mengingati Allah pada waktu pagi dan petang adalah lebih baik berbanding mematahkan pedang-pedang pada jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لذكر الله بالغداة والعشي خير من حطم السيوف في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengingati Allah pada waktu pagi dan petang adalah lebih baik berbanding mematahkan pedang-pedang pada jalan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis nombor 7571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – رفعه: ((لذكر الله بالغداة والعشي خير من حطم السيوف في سبيل الله)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (1431, 4304)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengingati Allah pada waktu pagi dan petang adalah lebih baik berbanding mematahkan pedang-pedang pada jalan Allah.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 1431, 4304]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.