Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَذكرُ اللهِ بالغداةِ والعشيِّ خيرٌ منْ حطمِ السيوفِ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Mengingati Allah pada waktu pagi dan petang adalah lebih baik berbanding mematahkan pedang-pedang pada jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis no. 7571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - رفعه: ((لذكر الله بالغداة والعشي خير من حطم السيوف في سبيل الله)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (1431, 4304)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengingati Allah pada waktu pagi dan petang adalah lebih baik berbanding mematahkan pedang-pedang pada jalan Allah. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 1431, 4304]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman