Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mengharamkan perkara yang halal adalah sama seperti menghalalkan perkara yang haram

Teks Bahasa Arab

إنَّ محرِّمَ الحلالِ كمحلِّلِ الحرامِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya mengharamkan perkara yang halal adalah sama seperti menghalalkan perkara yang haram.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis no. 6578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن محرم الحلال كمحلل الحرام. [ابن حبان في ((الضعفاء))، النيسابوري في ((الفوائد))، السرقسطي في ((الدلائل))، أبو بكر البزدي في ((مجلس له))، القضاعي، ((الضعيفة)) (5434)]

(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya mengharamkan perkara yang halal adalah sama seperti menghalalkan perkara yang haram. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', al-Naisaburi dalam al-Fawa'id, al-Surqusti dalam al-Dala'il, Abu Bakr al-Bazdi dalam Majlis beliau dan al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5434]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.