Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Menghalang harta pusakanya kepada pewaris

Teks Bahasa Arab

مَنْ حَرَّمَ وَارِثًا إِرْثَهُ حَرَّمَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menghalang harta pusakanya kepada pewaris, Allah akan haramkan syurga untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 90, hadis no. 421. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أقف عليه بهذا، لكن عند ابن ماجه، حديث أنس: من قطع ميراث وارثه قطع الله ميراثه من الجنة.

Al-Jadd berkata: "Aku belum menemui hadith dengan lafaz seperti ini, namun terdapat dalam riwayat Ibn Majah hadith Anas: "Sesiapa yang menghalang harta pusaka kepada pewarisnya, maka Allah akan menghalang pusakanya daripada syurga".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.