Menghadiri majlis seorang alim lebih utama berbanding solat seribu ahli ibadah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: حضور مجلس عالم أفضل من صلاة ألف عابد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Menghadiri majlis seorang alim lebih utama berbanding solat seribu orang ahli ibadah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 285, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره ابن الجوزي في الموضوعات.

Ibn Al-Jauzi menyebutkannya di dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.