Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Menghadiri majlis orang alim lebih baik daripada solat seribu rakaat

Teks Bahasa Arab

حُضُورُ مَجْلِسِ عَالِمٍ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ وَعِيَادَةِ أَلْفِ مَرِيضٍ وَشُهُودِ أَلْفِ جَنَازَةٍ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فَقَالَ وَهَلْ يَنْفَعُ الْقُرْآنُ إِلَّا بِالْعلمِ

Teks Bahasa Melayu

Menghadiri majlis orang alim lebih baik daripada solat seribu rakaat, lebih baik daripada menziarahi seribu orang sakit dan lebih baik daripada menyaksikan seribu jenazah. Lalu ditanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, adakah ia lebih baik daripada membaca al-Quran. Lantas Nabi SAW bersabda: al-Quran tidak bermanfaat melainkan dengan ilmu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ibn al-Jawzi (m. 597H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمُخْتَصر «حُضُورُ مَجْلِسِ عَالِمٍ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ وَعِيَادَةِ أَلْفِ مَرِيضٍ وَشُهُودِ أَلْفِ جَنَازَةٍ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمِنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ فَقَالَ وَهَلْ يَنْفَعُ الْقُرْآنُ إِلَّا بِالْعلمِ» ذكره أَبُو الْفرج فِي الموضوعات.

Dalam kitab al-Mukhtasar: “Menghadiri majlis orang alim lebih baik daripada solat seribu rakaat, lebih baik daripada menziarahi seribu orang sakit dan lebih baik daripada menyaksikan seribu jenazah. Lalu ditanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, adakah ia lebih baik daripada membaca al-Quran. Lantas Nabi SAW bersabda: al-Quran tidak bermanfaat melainkan dengan ilmu.” Abu al-Farj (Ibn Jawzi) menyebutnya dalam kitab al-Maudu’at.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.