Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Menghadiri majlis ilmu lebih baik daripada solat seribu rakaat

Teks Bahasa Arab

حُضُورُ مَجْلِسِ عَالِمٍ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Menghadiri majlis ilmu lebih baik daripada solat seribu rakaat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 95, hadis no. 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا في (الإحياء) من حديث أبي ذر، وقال العراقي : ذكره ابن الجوزي في (الموضوعات) من حديث عمر، ولم أجده من طريق أبي ذر.

Begitu disebutkan dalam (Al-Ihya’) yang diriwayatkan oleh Abu Dzar. Al-Iraqi berkata: Ia disebutkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at daripada hadis 'Umar namun aku tidak menjumpainya dari jalur Abu Dzar.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.