Menggerakkan jari dalam solat membuatkan syaitan menjadi panik

TEKS BAHASA ARAB

تحريك الإصبع في الصلاة مذعرة للشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menggerakkan jari dalam solat membuatkan syaitan menjadi panik.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 320, hadis nombor 1689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عمر -رضي الله عنهما – قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((تحريك الإصبع في الصلاة مذعرة للشيطان)).
[الروياني، هق، الخطيب في ((تلخيص المتشابه)) ، ((الضعيفة)) (5801) ].

(Sangat Lemah) Dari Ibn ‘Umar RA, dia telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Menggerakkan jari dalam solat membuatkan syaitan menjadi panik.
[Diriwayatkan oleh al-Ruyani dalam Musnad-nya, al-Bayhaqi dalam Sunan-nya, dan al-Khatib dalam Kitab Talkhis al-Mutashabih, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5801].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs