Mengenali keluarga Nabi Muhammad SAW akan memberikan kebebasan dari api neraka

TEKS BAHASA ARAB

معرفة آل محمد براءة من النار، وحب آل محمد جواز على الصراط، والولاية لآل محمد أمان من العذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengenali keluarga Nabi Muhammad SAW akan memberikan kebebasan dari api neraka, cinta kepada keluarga Nabi Muhammad SAW akan memudahkan perjalanan atas titian sirat, menjadikan keluarga Nabi Muhammad sebagai tempat berlindung akan menyelamatkan dari azab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis nombor 3446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن المقداد بن الأسود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((معرفة آل محمد براءة من النار، وحب آل محمد جواز على الصراط، والولاية لآل محمد أمان من العذاب)). [الكلاباذي في (مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (4917)]

(Palsu) Daripada al-Miqdad bin Aswad RA secara marfu’: “Mengenali keluarga Nabi Muhammad SAW akan memberikan kebebasan dari api neraka, cinta kepada keluarga Nabi Muhammad SAW akan memudahkan perjalanan atas titian sirat, menjadikan keluarga Nabi Muhammad sebagai tempat berlindung akan menyelamatkan dari azab.” [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs