Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
معرفةُ آل محمدٍ براءةٌ من النارِ، وحبُّ آلِ محمدٍ جوازٌ على الصراطِ، والولايةُ لآل محمدٍ أمانٌ من العذابِ.
Teks Bahasa Melayu
Mengenali keluarga Nabi Muhammad SAW akan memberikan kebebasan dari api neraka, cinta kepada keluarga Nabi Muhammad SAW akan memudahkan perjalanan atas titian sirat, menjadikan keluarga Nabi Muhammad sebagai tempat berlindung akan menyelamatkan dari azab.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis no. 3446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن المقداد بن الأسود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((معرفة آل محمد براءة من النار، وحب آل محمد جواز على الصراط، والولاية لآل محمد أمان من العذاب)). [الكلاباذي في (مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (4917)]
(Palsu) Daripada al-Miqdad bin Aswad RA secara marfu’: “Mengenali keluarga Nabi Muhammad SAW akan memberikan kebebasan dari api neraka, cinta kepada keluarga Nabi Muhammad SAW akan memudahkan perjalanan atas titian sirat, menjadikan keluarga Nabi Muhammad sebagai tempat berlindung akan menyelamatkan dari azab.” [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4917]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman