Mengenali ahli keluarga Muhammad ialah pembebasan dari api neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

معرفة آل محمد براءة من النار، وحب آل محمد جواز على الصراط، والولاية لآل محمد أمان من العذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengenali ahli keluarga Muhammad (ahli bait) ialah pembebasan dari api neraka. Mencintai ahli keluarga Muhammad SAW, dipermudahkan (urusan) di titian sirat. Kesetiaan kepada ahli keluarga Muhammad ialah keamanan dari azab

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874-1875, hadis nombor 9446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن المقداد بن الأسود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((معرفة آل محمد براءة من النار، وحب آل محمد جواز على الصراط، والولاية لآل محمد أمان من العذاب)). [الكلاباذي في ((مفتاح المعاني)) ((الضعيفة)) (4918)]

(Palsu) Daripada Miqdad bin al-Aswad RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW ) : “Mengenali ahli keluarga Muhammad (ahli bait) ialah pembebasan dari api neraka. Mencintai ahli keluarga Muhammad SAW, dipermudahkan (urusan) di titian sirat. Kesetiaan kepada ahli keluarga Muhammad ialah keamanan dari azab." [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4917]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.