Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
معرفةُ آل محمدٍ براءةٌ من النارِ، وحبُّ آلِ محمدٍ جوازٌ على الصراطِ، والولايةُ لآل محمدٍ أمانٌ من العذابِ.
Teks Bahasa Melayu
Mengenali ahli keluarga Muhammad (ahli bait) ialah pembebasan dari api neraka. Mencintai ahli keluarga Muhammad SAW, dipermudahkan (urusan) di titian sirat. Kesetiaan kepada ahli keluarga Muhammad ialah keamanan dari azab
Sahabat Perawi
- Miqdad bin al-Aswad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874-1875, hadis no. 9446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن المقداد بن الأسود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((معرفة آل محمد براءة من النار، وحب آل محمد جواز على الصراط، والولاية لآل محمد أمان من العذاب)). [الكلاباذي في ((مفتاح المعاني)) ((الضعيفة)) (4918)]
(Palsu) Daripada Miqdad bin al-Aswad RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW ) : “Mengenali ahli keluarga Muhammad (ahli bait) ialah pembebasan dari api neraka. Mencintai ahli keluarga Muhammad SAW, dipermudahkan (urusan) di titian sirat. Kesetiaan kepada ahli keluarga Muhammad ialah keamanan dari azab." [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4917]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman