Mengenakan pakaian untuk pergi menuntut ilmu yang dia pelajari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما انتعل أحد قط ولا تخفف ولا لبس ثوبا ليغدو في طلب علم يتعلمه إلا غفر الله – عز وجل – له حيث يخطو عتبة باب بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang yang memakai selipar, melonggarkan, atau mengenakan pakaian untuk pergi menuntut ilmu yang dia pelajari melainkan Allah Azza wa jalla memberikan keampunan untuknya bermula dia melangkah keluar muka pintu rumahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1258 – 1259, hadis nombor 6427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: ما انتعل أحد قط ولا تخفف ولا لبس ثوبا ليغدو في طلب علم يتعلمه إلا غفر الله عز وجل له حيث يخطو عتبة باب بيته.
[عد، طس، تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2676)].

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang yang memakai selipar, melonggarkan, atau mengenakan pakaian untuk pergi menuntut ilmu yang dia pelajari melainkan Allah Azza wa jalla memberikan keampunan untuknya bermula dia melangkah keluar muka pintu rumahnya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Tammam, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2676]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.