Tidak warid dengan lafaz ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: رد دانق - ويروى: آبق - على أَهله خير من عبَادَة سبعين سنة.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Mengembalikan satu daniq (1/6 dirham) –atau hamba yang lari– kepada pemiliknya adalah lebih baik berbanding ibadah 70 tahun.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak warid dengan lafaz ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 88, hadis no. 223. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يثبت أصل مبناه، لكن صحيح معناه.
Tidak sabit lafaznya. Namun, maksudnya sahih.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman