Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَدُّ دَانِقٍ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ سَبْعِينَ سَنَةً.
Teks Bahasa Melayu
Mengembalikan daniq (bersamaan 1/6 dirham) adalah lebih baik berbanding ibadah selama 70 tahun.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 43, hadis no. 160. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Yahya bin 'Umar bin Yusuf al-Andalusi al-Faqih al-Maliki mengucapkannya ketika mahu melakukan perjalanan beliau daripada Qairawan ke Qurtubah kerana mahu mengembalikan daniq ke penjual sayur. Ibn al-Mubarak berkata: Mengembalikan satu dirham daripada harta syubhat lebih aku sukai berbanding menderma 100 ribu, 100 ribu hingga mencapai 600 ribu.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman