Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الإبقاءُ علَى العملِ أشدُّ منَ العمَلِ؛ إنَّ الرَّجُلَ ليعمَلُ العملَ فيُكتَبُ عمَلٌ صالِحٌ معمولٌ بهِ في السرِّ، يُضعَّفُ أجرُه سبعينَ ضِعفًا، فلا يزالُ به الشَّيطانُ حتَّى يَذكُرَهُ للنَّاسِ ويُعلِنَهُ، فتُكتَبُ له علانيَةً، ويُمحا تَضعيفُ أجرِهِ كلِّهِ، ثمَّ لا يزالُ بهِ الشَّيطانُ حتى يذكُرَهُ للنَّاسِ الثانيةَ ويُحبُّ أن يُذكَرَ ويُحمَدَ عليهِ، فيُمحا العلانيَةَ ويُكتَبَ رياءً، فاتقى اللَّهَ امرؤٌ صانَ دينَهُ، وإنَّ الرياءَ شِركٌ.
Teks Bahasa Melayu
Mengekalkan amalan itu lebih susah daripada beramal. Sungguh, seorang lelaki itu akan beramal dengan suatu amalan, lalu dituliskan baginya amal soleh yang dikerjakan secara sembunyi, digandakan pahalanya dengan tujuh puluh kali ganda. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkan dan menghebahkan amalannya kepada orang ramai. Maka ditulis baginya (amalan) dengan penghebahan, dan dipadam semua gandaan pahalanya. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkannya kepada orang-orang yang lain pula, dan dia suka jika dia disebut-sebut dan dipuji kerana (amalan) itu. Maka dipadam (amalan) dengan penghebahan, dan ditulis baginya (amalan) dengan riyak. Maka seseorang itu bertakwa kepada Allah menjaga agamanya, dan sesungguhnya riyak itu adalah syirik.
Sahabat Perawi
- Abu Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515, hadis no. 2740.
(Munkar) Daripada Abu al-Darda' RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mengekalkan amalan itu lebih susah daripada beramal. Sungguh, seorang lelaki itu akan beramal dengan suatu amalan, lalu dituliskan baginya amal soleh yang dikerjakan secara sembunyi, digandakan pahalanya dengan tujuh puluh kali ganda. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkan dan menghebahkan amalannya kepada orang ramai. Maka ditulis baginya (amalan) dengan penghebahan, dan dipadam semua gandaan pahalanya. Maka syaitan tidak akan meninggalkannya sehinggalah dia menyebutkannya kepada orang-orang yang lain pula, dan dia suka jika dia disebut-sebut dan dipuji kerana (amalan) itu. Maka dipadam (amalan) dengan penghebahan, dan ditulis baginya (amalan) dengan riyak. Maka seseorang itu bertakwa kepada Allah menjaga agamanya, dan sesungguhnya riyak itu adalah syirik. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5990].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman