Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mengebumikan anak perempuan merupakan salah satu daripada bentuk kemuliaan

Teks Bahasa Arab

الْحَمْدُ لِلَّهِ، دَفْنُ الْبَنَاتِ مِنْ الْمَكْرُمَاتِ.

Teks Bahasa Melayu

Segala puji bagi Allah, mengebumikan anak perempuan merupakan salah satu daripada bentuk kemuliaan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1717, hadis no. 8630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس قال: لما عزي رسول الله صلى الله عليه وسلم على رقية امرأة عثمان ابن عفان، قال: "الحمد لله، دفن البنات من المكرمات". [الفسوي، طب، طس، الطبراني في ((مسند الشاميين))، البزار، المهراني في ((الفوائد المنتخبة))، خط، القضاعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (185)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Ketika Rasulullah SAW diucapkan takziah di atas Ruqayyah isteri Uthman bin ‘Affan, Baginda berkata: “Segala puji bagi Allah, mengebumikan anak perempuan merupakan salah satu daripada bentuk kemuliaan.” [al-Fasawi, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Tabarani dalam musnad al-Syamiyyin, al-Bazzar, al-Mihrani dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, al-Khatib dalam al-Tarikh, al-Qudha’iy, Ibn Asakir. Silsilah al-Da'ifah, no. 185].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.