TEKS BAHASA ARAB
حديث: سياسة الناس أشد من سياسة الدواب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Mengatur manusia ialah lebih susah berbanding mengatur haiwan.
STATUS
Bukan Hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 99, hadis nombor 259. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره النووي في (تهذيب الأسماء واللغات) من حكم الإمام الشافعي. قاله علي قاري.
Al-Nawawi telah menyebutkannya dalam Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughat melalui kata-kata hikmah al-Imam al-Syafie, disebutkan oleh ‘Ali Qari.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.