Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: سياسة النَّاس أَشد من سياسة الدَّوَابّ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Mengatur manusia ialah lebih susah berbanding mengatur haiwan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 99, hadis no. 259. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره النووي في (تهذيب الأسماء واللغات) من حكم الإمام الشافعي. قاله علي قاري.
Al-Nawawi telah menyebutkannya dalam Tahzib al-Asma' Wa al-Lughat melalui kata-kata hikmah al-Imam al-Syafie, disebutkan oleh 'Ali Qari.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman