Mengatakan atas namaku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka sediakanlah tempat duduk di antara dua mata neraka jahanam

TEKS BAHASA ARAB

من تقول علي ما لم أقل فليتبوأ بين عيني جهنم مقعدا. قيل: يا رسول الله وهل لها من عينين؟ قال: ألم تسمع إلى قول الله عز وجل: {إذا رأتهم من مكان بعيد سمعوا لها تغيظا وزفيرا}. فأمسك القوم أن يسألوه، فأنكر ذلك من شأنهم، وقال: ما لكم لا تسألوني؟ قالوا: يا رسول الله سمعناك تقول: من تقول علي ما لم أقل… ونحن لا نحفظ الحديث كما سمعناه، نقدم حرفا ونؤخر حرفا، ونزيد حرفا وننقص حرفا، قال: ليس ذلك أردت، إنما قلت: من تقول علي ما لم أقل يريد عيبي وشين الإسلام، أو شيني وعيب الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengatakan atas namaku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka sediakanlah tempat duduk di antara dua mata neraka jahanam. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Adakah neraka mempunyai dua mata? Baginda bersabda: Kamu tidak dengarkah firman Allah Ta’ala: (Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh) [Surah al-Furqan ayat 12]. Kumpulan tersebut menahan diri daripada bertanya baginda, lalu baginda pun mengingkari tindakan mereka, baginda bersabda: Apakah sebab kamu tidak bertanyaku? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Kami telah mendengar anda bersabda: Sesiapa yang mengatakan atas namaku perkara yang aku tidak pernah katakan….kami tidak mampu menghafal hadis sebagaimana kami mendengarnya, kami mendahulukan suatu perkataan dan mengakhirkan suatu perkataan, kami juga menambah perkataan dan mengurangkan perkataan. Baginda bersabda: Bukan itu maksudku. Aku mengatakan: Sesiapa yang mengatakan atas namaku perkara yang tidak pernah aku katakan, maksudnya keaibanku dan perkara yang menjatuhkan kehormatan Islam atau perkara yang menjatuhkan kehormatanku dan keaiban Islam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1236, hadis nombor 6300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من تقول علي ما لم أقل فليتبوأ بين عيني جهنم مقعدا. قيل: يا رسول الله وهل لها من عينين؟ قال: ألم تسمع إلى قول الله عز وجل: {إذا رأتهم من مكان بعيد سمعوا لها تغيظا وزفيرا}. فأمسك القوم أن يسألوه، فأنكر ذلك من شأنهم، وقال: ما لكم لا تسألوني؟ قالوا: يا رسول الله سمعناك تقول: من تقول علي ما لم أقل… ونحن لا نحفظ الحديث كما سمعناه، نقدم حرفا ونؤخر حرفا، ونزيد حرفا وننقص حرفا، قال: ليس ذلك أردت، إنما قلت: من تقول علي ما لم أقل يريد عيبي وشين الإسلام، أو شيني وعيب الإسلام.
[الخطيب في ((الكفاية ))، ((الضعيفة)) (994)].

(Palsu)
Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang mengatakan atas namaku sesuatu yang tidak pernah aku katakan, maka sediakanlah tempat duduk di antara dua mata neraka jahanam. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Adakah neraka mempunyai dua mata? Baginda bersabda: Kamu tidak dengarkah firman Allah Ta’ala: (Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh) [Surah al-Furqan ayat 12]. Kumpulan tersebut menahan diri daripada bertanya baginda, lalu baginda pun mengingkari tindakan mereka, baginda bersabda: Apakah sebab kamu tidak bertanyaku? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Kami telah mendengar anda bersabda: Sesiapa yang mengatakan atas namaku perkara yang aku tidak pernah katakan….kami tidak mampu menghafal hadis sebagaimana kami mendengarnya, kami mendahulukan suatu perkataan dan mengakhirkan suatu perkataan, kami juga menambah perkataan dan mengurangkan perkataan. Baginda bersabda: Bukan itu maksudku. Aku mengatakan: Sesiapa yang mengatakan atas namaku perkara yang tidak pernah aku katakan, maksudnya keaibanku dan perkara yang menjatuhkan kehormatan Islam atau perkara yang menjatuhkan kehormatanku dan keaiban Islam.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 994].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs