Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما بالُ أحدِكم يُؤذي أخاهُ في الأمرِ، وإن كان حقًّا؟!
Teks Bahasa Melayu
Mengapakah salah seorang daripada kamu menyakiti saudaranya dalam sesuatu urusan, sekalipun ia adalah benar?
Sahabat Perawi
- al-‘Abbās ibn ‘Abd al-Raḥmān
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1963, hadis no. 9816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن العباس بن عبد الرحمن، أن رجلا من المهاجرين لقي العباس بن عبد المطلب فقال: يا أبا الفضل أرأيت عبد المطلب بن هاشم (والغيطلة) -كاهنة بني سهم- جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفح عنه. ثم لقيه الثانية، فقال له مثل ذلك، فصفح عنه. ثم لقيه الثالثة، فقال له مثل ذلك، فرفع العباس يده فوجأ أنفه فكسره، فانطلق الرجل كما هو إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه، قال: ما هذا؟ قال: العباس، فأرسل إليه فجاءه، فقال: ما أردت إلى رجل من المهاجرين؟ فقال: يا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -! والله لقد علمت أن عبد المطلب في النار، ولكنه لقيني، فقال: يا أبا الفضل! أرأيت عبد المطلب بن هاشم والغيطلة كاهنة بني سهم جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفحت عنه مراراً، ثم والله ما ملكت نفسي، وما إياه أراد، ولكنه أرادني، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ما بال أحدكم يؤذي أخاه في الأمر، وإن كان حقاً! [ ابن سعد، أبو داود في المراسيل، ((الضعيفة)) (4429، 6545)]
(Munkar) Daripada al-‘Abbās ibn ‘Abd al-Raḥmān: Seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin telah bertemu dengan al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib lalu berkata: Wahai Abu al-Fadl, apa pandangan kamu apabila Allah S.W.T menghimpunkan kedua-dua ‘Abd al-Muttalib Ibn Hashim dan al-Ghaytalah bomoh Bani Sahm di dalam neraka? Lalu dia berpaling. Kemudian dia bertemu dengannya (al-‘Abbas) kali yang kedua dan mengucapkan kepadanya (pertanyaan) yang sama, lalu dia berpaling. Kemudian dia bertemu dengannya kali yang ketiga dan mengucapkan kepadanya pertanyaan yang sama. Maka al-‘Abbas telah mengangkat tangannya lalu memukul hidung lelaki tersebut sehingga patah. Kemudian lelaki tersebut pergi dalam keadaan tersebut kepada Nabi SAW Ketika Baginda SAW melihat lelaki itu, Baginda SAW telah bertanya: Apakah yang berlaku ini? Lelaki itu menjawab: Al-‘Abbas. Maka diutuskan seseorang kepada al-‘Abbas lalu beliau pun datang. Lalu Baginda SAW bertanya: Apa yang kamu mahukan daripada seorang lelaki Muhajirin? Al-‘Abbas menjawab: Wahai Rasulullah, demi Allah SWT, aku mengetahui bahawa ‘Abd al-Muttalib berada di dalam neraka, akan tetapi lelaki ini bertemu denganku. Dan dia telah berkata: Wahai Abu al-Fadl, apakah pendapatmu apabila Allah menghimpunkan ‘Abd al-Muttalib Ibn Hāshim dan al-Ghayṭalah bomoh Bani Sahm, kedua-duanya di dalam neraka? Lalu aku telah berpaling daripadanya beberapa kali. Kemudian demi Allah, aku tidak dapat mengawal diriku. Bukan itu yang dia mahukan tetapi dia mahukan diriku. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Mengapakah salah seorang daripada kamu menyakiti saudaranya dalam sesuatu urusan, sekalipun ia adalah benar? [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4429, 6545]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman