Mengapakah kamu tidak masuk ke dalam saf atau kamu menarik seseorang untuk solat bersama kamu?

TEKS BAHASA ARAB

ألا دخلت في الصف، أو جذبت رجلا صلى معك؟! أعد الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengapakah kamu tidak masuk ke dalam saf atau kamu menarik seseorang untuk solat bersama kamu? Ulangilah solat (kamu).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 350, hadis nombor 1847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن وابصة بن معبد -رضي الله عنه- أن رجلا صلى خلف الصف وحده، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ((ألا دخلت في الصف، أو جذبت رجلا صلى معك؟! أعد الصلاة)).
[ابن الأعرابي، أبو الشيخ في ((تاريخ أصبهان))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (922)]

(Sangat Lemah) Daripada Wābiṣah bin Ma’bad RA bahawa seorang lelaki telah solat di belakang saf sendirian, maka Nabi SAW bertanya kepadanya: Mengapakah kamu tidak masuk ke dalam saf atau kamu menarik seseorang untuk solat bersama kamu? Ulangilah solat (kamu).
[Riwayat Ibn al-A‘rābī dalam Musnadnya, Abu al-Shaikh dalam Tārikh Aṣbahān, Abū Nu’aim dalam Kitab Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 922]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs