Mengapakah kamu mengganggu saudara kamu dalam satu perkara

TEKS BAHASA ARAB

ما بال أحدكم يؤذي أخاه في الأمر؛ وإن كان حقا؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengapakah kamu mengganggu saudara kamu dalam satu perkara, walaupun dia betul?!

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis nombor 3577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن العباس بن عبد الرحمن، أن رجلا من المهاجرين لقي العباس بن عبد المطلب، فقال: يا أبا الفضل! أرأيت عبد المطلب بن هاشم و(الغيطلة) -كاهنة بني سهم- جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفح عنه، ثم لقيه الثانية، فقال له مثل ذلك، فصفح عنه. ثم لقيه الثالثة، فقال له مثل ذلك؛ فرفع العباس يده فوجأ أنفه؛ فكسره! فانطلق الرجل -كما هو- إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فلما رآه، قال: ((ما هذا؟)). قال: العباس. فأرسل إليه؛ فجاءه فقال: ((ما أردت إلى رجل من المهاجرين؟!)). فقال: يا رسول الله! والله لقد علمت أن عبد المطلب في النار؛ ولكنه لقيني فقال: يا أبا الفضل! أرأيت عبد المطلب بن هاشم و(الغيطلة) -كاهنة بني سهم- جمعهما الله جميعا في النار؟ فصفحت عنه مرارا، ثم والله ما ملكت نفسي، وما إياه أراد، ولكنه أرادني. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما بال أحدكم يؤذي أخاه في الأمر؛ وإن كان حقا؟!)). [ابن سعد، أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (٤٤٢٩، ٦٥٤٥)]

(Munkar) Daripada al-‘Abbās bin ‘Abd al-Raḥmān, bahawa seorang lelaki dalam kalangan Muhajirin bertemu al-‘Abbās bin ‘Abd al-Muṭṭalib dan berkata: Wahai Abū al-Faḍl! Tidakkah kamu melihat ‘Abd al-Muṭṭalib bin Hāsyim dan al-Ghaiṭalah (tukang tilik Bani Sahm) dikumpulkan bersama di dalam neraka? Lalu dia berpaling daripadanya lalu dia berjumpa buat kali kedua lalu dia berkata perkara yang sama lalu berpaling daripadanya. Kemudian berjumpa buat kali ketiga. Lalu berkata kepadanya perkara yang sama, lalu al-‘Abbās mengangkat tangannya lalu mematahkan hidungnya! Lalu lelaki itu bertolak kepada Nabi SAW dalam keadaan begitu. Ketika baginda melihatnya baginda bersabda: Apakah ini? Dia berkata: Al-‘Abbās. Lalu baginda memanggilnya. Lalu dia mendatanginya dan berkata: “Apakah yang kamu inginkan dari seorang daripada kaum Muhajirin? Lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku telah mengetahui bahawa Abd al-Muttalib di neraka. Namun dia menemuiku dan berkata: Wahai Abū al-Faḍl! Tidakkah kamu melihat ‘Abd al-Muṭṭalib dan berkata: Wahai Abū al-Faḍl! Tidakkah kamu melihat ‘Abd al-Muṭṭalib bin Hāsyim dan al-Ghaiṭalah (tukang tilik Bani Sahm), Allah mengumpulkan mereka semuanya di dalam neraka? Lalu aku bersalam dengan mereka berkali-kali. Kemudian demi Allah aku tidak dapat mengawal diriku, bukan itu yang dia mahu, tetapi dia mahukan aku. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Mengapakah kamu mengganggu saudara kamu dalam satu perkara, walaupun dia betul?! [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt, Abū Daūd dalam al-Marāsīl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4429, 6545]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs