Mengapakah kamu memakai cincin emas

TEKS BAHASA ARAB

خذ، البس ما كساك الله ورسوله. قاله للبراء لما ألبسه خاتما من ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat al-Bara’ memakai sebentuk cincin emas dan dikatakan orang ramai kepadanya: Mengapakah kamu memakai cincin emas sedangkan Nabi SAW melarang perkara tersebut? al-Bara’ menjawab: Ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah SAW dan ketika itu baginda sedang membahagikan harta rampasan perang, tawanan dan harta, sehinggalah yang tinggal hanya sebentuk cincin ini. Lalu baginda mengangkat pandangannya dan melihat ke arah sahabatnya dan menurunkan padangan kembali, kemudian baginda mengangkat dan melihat mereka lalu menurunkan pandangan sekali lagi, lalu baginda mengangkat pandangannya kembali (dalam riwayat yang lain baginda berkata: Siapakah yang layak mendapatkan cincin ini? Kemudian baginda berkata: Wahai al-Bara’, marilah! Aku pun duduk mendekatinya, lalu baginda mengambil cincin tersebut dan meletakkannya dalam genggamanku dan berkata: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya. Perawi mengatakan: al-Bara’ berkata: Bagaimana kamu menyuruhku untuk meninggalkan sesuatu yang telah Rasulullah SAW katakan padaku: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya?

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1957, hadis nombor 9794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن محمد بن مالك، قال: رأيت على البراء خاتماً من ذهب، وكان الناس يقولون له: لم تختَّم بالذهب، وقد نهى عنه النبي صلى الله عليه وسلم؟ فقال البراء: بينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبين يديه غنيمة يقسمها، سبي وخُرثيَّ، قال: فقسمها حتى بقي هذا الخاتم، فرفع طرفه، فنظر إلى أصحابه، ثم خفض، ثم رفع طرفه إليهم، ثم خفض، ثم رفع طرفه، فنظر إليهم، (وفي رواية فقال: من ترون أحق بهذا؟)، ثم قال: أي براء! [ادن]، فجئته حتى قعدت بين يديه، فأخذ الخاتم فقبض على كرسوعي، ثم قال: خُذ، البس ما كساك الله ورسوله. قاله للبراء لما ألبسه خاتماً من ذهب. قال: وكان البراء يقول: كيف تأمروني أن أضع ما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: البس ما كساك الله ورسوله؟!
[حم، ع، الطحاوي، ((الضعيفة)) (6610)]

(Munkar)
Daripada Muhammad bin Malik, dia berkata: Aku melihat al-Bara’ memakai sebentuk cincin emas dan dikatakan orang ramai kepadanya: Mengapakah kamu memakai cincin emas sedangkan Nabi SAW melarang perkara tersebut? al-Bara’ menjawab: Ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah SAW dan ketika itu baginda sedang membahagikan harta rampasan perang, tawanan dan harta, sehinggalah yang tinggal hanya sebentuk cincin ini. Lalu baginda mengangkat pandangannya dan melihat ke arah sahabatnya dan menurunkan padangan kembali, kemudian baginda mengangkat dan melihat mereka lalu menurunkan pandangan sekali lagi, lalu baginda mengangkat pandangannya kembali (dalam riwayat yang lain baginda berkata: Siapakah yang layak mendapatkan cincin ini? Kemudian baginda berkata: Wahai al-Bara’, marilah! Aku pun duduk mendekatinya, lalu baginda mengambil cincin tersebut dan meletakkannya dalam genggamanku dan berkata: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya. Perawi mengatakan: al-Bara’ berkata: Bagaimana kamu menyuruhku untuk meninggalkan sesuatu yang telah Rasulullah SAW katakan padaku: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya?
[Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6610]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs