Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُذْ، البسْ ما كساكَ اللهُ ورسولُهُ، قال للبراءِ لمَّا ألبسهُ خاتمًا من ذهبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat al-Bara’ memakai sebentuk cincin emas dan dikatakan orang ramai kepadanya: Mengapakah kamu memakai cincin emas sedangkan Nabi SAW melarang perkara tersebut? al-Bara’ menjawab: Ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah SAW dan ketika itu baginda sedang membahagikan harta rampasan perang, tawanan dan harta, sehinggalah yang tinggal hanya sebentuk cincin ini. Lalu baginda mengangkat pandangannya dan melihat ke arah sahabatnya dan menurunkan padangan kembali, kemudian baginda mengangkat dan melihat mereka lalu menurunkan pandangan sekali lagi, lalu baginda mengangkat pandangannya kembali (dalam riwayat yang lain baginda berkata: Siapakah yang layak mendapatkan cincin ini? Kemudian baginda berkata: Wahai al-Bara’, marilah! Aku pun duduk mendekatinya, lalu baginda mengambil cincin tersebut dan meletakkannya dalam genggamanku dan berkata: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya. Perawi mengatakan: al-Bara’ berkata: Bagaimana kamu menyuruhku untuk meninggalkan sesuatu yang telah Rasulullah SAW katakan padaku: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya?
Sahabat Perawi
- Muhammad bin Malik
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1957, hadis no. 9794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Muhammad bin Malik, dia berkata: Aku melihat al-Bara’ memakai sebentuk cincin emas dan dikatakan orang ramai kepadanya: Mengapakah kamu memakai cincin emas sedangkan Nabi SAW melarang perkara tersebut? al-Bara’ menjawab: Ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah SAW dan ketika itu baginda sedang membahagikan harta rampasan perang, tawanan dan harta, sehinggalah yang tinggal hanya sebentuk cincin ini. Lalu baginda mengangkat pandangannya dan melihat ke arah sahabatnya dan menurunkan padangan kembali, kemudian baginda mengangkat dan melihat mereka lalu menurunkan pandangan sekali lagi, lalu baginda mengangkat pandangannya kembali (dalam riwayat yang lain baginda berkata: Siapakah yang layak mendapatkan cincin ini? Kemudian baginda berkata: Wahai al-Bara’, marilah! Aku pun duduk mendekatinya, lalu baginda mengambil cincin tersebut dan meletakkannya dalam genggamanku dan berkata: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya. Perawi mengatakan: al-Bara’ berkata: Bagaimana kamu menyuruhku untuk meninggalkan sesuatu yang telah Rasulullah SAW katakan padaku: Ambillah dan pakailah pakaian yang dikurniakan Allah dan Rasul-Nya? [Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6610]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman