Mengangkat tangan adalah termasuk dalam merendahkan diri yang Allah firmankan: Mereka tidak merendahkan diri mereka, tidak pula menunduk kepada-Nya

TEKS BAHASA ARAB

رفع الأيدي من الاستكانة التي قال الله تبارك وتعالى: {فما استكانوا لربهم وما يتضرعون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengangkat tangan adalah termasuk dalam merendahkan diri yang Allah firmankan: “Mereka tidak merendahkan diri mereka, tidak pula menunduk kepada-Nya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 337, hadis nombor 1768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، قال: لما نزلت هذه السورة على النبي ﷺ: {إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2)…}؛ قال النبي ﷺ لجبريل: ((مَا هَذِهِ النَّحِيرَةُ الّتي يَأْمُرنِي بِهَا رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ؟ قال: ليست بنحيرة؛ ولكنه يأمرك إذا تحرمت للصلاة أن ترفع يديك إذا كبرت، وإذا ركعبت، وإذا رفعت رأسك من الركوع؛ فإنها من صلاتنا
وصلاة الملائكة الذين في السماوات السبع، وإن لكل شيء زينة، وزينة الصلاة رفع الأيدي عند كل تكبيرة)). وقال: قال النبي ﷺ: ((رَفْعُ الأيدِى مِنَ الاستِكانَةِ الَّتِى قالَ اللَّهُ تَبارَكَ وتَعالَى: {فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ} [قال: هُوَ الْخُضُوعُ])). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن أبي حاتم، ك، هق، ((الضعيفة)) (6008)].

(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Ketika surah ini turun kepada Nabi ﷺ: "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (al-Kauthar); Nabi ﷺ bertanya kepada Jibrail: “Apakah korban yang Allah perintahkan aku ini?” Jibrail menjawab: “Bukan korban, tetapi Dia memerintahkanmu untuk mengangkat kedua-dua tanganmu ketika takbiratulihram solat, ketika rukuk dan ketika kamu mengangkat kepalamu dari rukuk. Sesungguhnya ia adalah termasuk solat kami dan solat para malaikat yang berada di tujuh petala langit. Bagi setiap perkara ada hiasan, dan hiasan solat ialah mengangkat tangan ketika setiap takbir." Beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda: “Mengangkat tangan adalah termasuk dalam merendahkan diri yang Allah firmankan: “Mereka tidak merendahkan diri mereka, tidak pula menunduk kepada-Nya.” [Beliau berkata: itulah menundukkan diri]. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du'afa', Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6008].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs