Mengangkat satu kertas yang tertulis di dalamnya Basmalah daripada lantai kerana mengagungkannya dan bimbang dipijak

TEKS BAHASA ARAB

من رفع قرطاسا من الأرض فيه (بسم الله الرحمن الرحيم)؛ إجلالا أن يداس؛ كتب عند الله من الصديقين، وخفف عن والديه وإن كانا مشركين، ومن كتب (بسم الله الرحمن الرحيم)، فجوده تعظيما لله غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengangkat satu kertas yang tertulis di dalamnya Basmalah daripada lantai kerana mengagungkannya dan bimbang dipijak, dituliskan untuknya di sisi Allah bersama al-Siddiqqin dan diringankan azab terhadap kedua orang tuanya sekalipun mereka adalah orang musyrik. Dan sesiapa yang menulis Basmalah dengan elok kerana mengagungkannya kerana Allah, diberikan keampunan kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1232, hadis nombor 6275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من رفع قرطاسا من الأرض فيه (بسم الله الرحمن الرحيم)؛ إجلالا أن يداس؛ كتب عند الله من الصديقين، وخفف عن والديه وإن كانا مشركين، ومن كتب (بسم الله الرحمن الرحيم)، فجوده تعظيما لله غفر له.
[أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (268)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengangkat satu kertas yang tertulis di dalamnya Basmalah daripada lantai kerana mengagungkannya dan bimbang dipijak, dituliskan untuknya di sisi Allah bersama al-Siddiqqin dan diringankan azab terhadap kedua orang tuanya sekalipun mereka adalah orang musyrik. Dan sesiapa yang menulis Basmalah dengan elok kerana mengagungkannya kerana Allah, diberikan keampunan kepadanya.
[Riwayat Abu al-Shaikh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, Ibn 'Adi, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 268].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs