Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من رفع قِرْطاسًا من الأرضِ فيه (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ)؛ إجلالًا أنْ يُداسَ؛ كُتِبَ عندَ اللهِ من الصديقينَ، وخُفِّفَ عن والديْهِ وإِنَّ كانا مشركَيْنِ، ومَنْ كتبَ (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ)، فجَوَّدَهُ تعظيمًا للهِ غُفِرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengangkat satu kertas yang tertulis di dalamnya Basmalah daripada lantai kerana mengagungkannya dan bimbang dipijak, dituliskan untuknya di sisi Allah bersama al-Siddiqqin dan diringankan azab terhadap kedua orang tuanya sekalipun mereka adalah orang musyrik. Dan sesiapa yang menulis Basmalah dengan elok kerana mengagungkannya kerana Allah, diberikan keampunan kepadanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1232, hadis no. 6275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من رفع قرطاسا من الأرض فيه (بسم الله الرحمن الرحيم)؛ إجلالا أن يداس؛ كتب عند الله من الصديقين، وخفف عن والديه وإن كانا مشركين، ومن كتب (بسم الله الرحمن الرحيم)، فجوده تعظيما لله غفر له. [أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (268)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengangkat satu kertas yang tertulis di dalamnya Basmalah daripada lantai kerana mengagungkannya dan bimbang dipijak, dituliskan untuknya di sisi Allah bersama al-Siddiqqin dan diringankan azab terhadap kedua orang tuanya sekalipun mereka adalah orang musyrik. Dan sesiapa yang menulis Basmalah dengan elok kerana mengagungkannya kerana Allah, diberikan keampunan kepadanya. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, Ibn 'Adi, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 268].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman