TEKS BAHASA ARAB
من الصدقة: أن يعلم الرجل العلم؛ فيعمل به ويعلمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara (perkara yang dikira sebagai) sedekah ialah seorang yang mengetahui sesuatu ilmu, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis nombor 4554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من الصدقة: أن يعلم الرجل العلم؛ فيعمل به ويعلمه)). [أبو خيثمة في ((العلم))، ((الضعيفة)) (4517)].
(Lemah)
Daripada al-Hasan berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Antara (perkara yang dikira sebagai) sedekah ialah seorang yang mengetahui sesuatu ilmu, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.”
[Riwayat Abu Khaitsamah dalam al-Ilm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4517].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.