Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ الصدقةِ : أنْ يعلمَ الرجلُ العلمَ؛ فيعملُ بهِ ويُعلِّمهُ.
Teks Bahasa Melayu
Antara (perkara yang dikira sebagai) sedekah ialah seorang yang mengetahui sesuatu ilmu, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis no. 4554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من الصدقة: أن يعلم الرجل العلم؛ فيعمل به ويعلمه)). [أبو خيثمة في ((العلم))، ((الضعيفة)) (4517)].
(Lemah) Daripada al-Hasan berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Antara (perkara yang dikira sebagai) sedekah ialah seorang yang mengetahui sesuatu ilmu, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.” [Riwayat Abu Khaitsamah dalam al-Ilm. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4517].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman