Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mengajarkan satu ayat daripada Kitab Allah atau satu bab ilmu, Allah tambahkan pahalanya hingga hari kiamat

Teks Bahasa Arab

مَن علَّمَ آيةً من كتابِ اللهِ، أو بابًا من علمٍ، أنمَى اللهُ أجرَه إلى يومِ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mengajarkan satu ayat daripada Kitab Allah atau satu bab ilmu, Allah tambahkan pahalanya hingga hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1259, hadis no. 6431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من علم آية من كتاب الله، أو بابا من علم، أنمى الله أجره إلى يوم القيامة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2595)].

(Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengajarkan satu ayat daripada Kitab Allah atau satu bab ilmu, Allah tambahkan pahalanya hingga hari kiamat. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2595]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.