Mengahwini wanita kerana hartanya

TEKS BAHASA ARAB

من تزوج امرأة لمالها حرمه الله مالها وجمالها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah haramkan dia harta dan kecantikan wanita tersebut.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 181, hadis nombor 326. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي: لا يعرف.

Al-Zarkashi berkata: (Hadis ini) Tidak diketahui.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.