Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَزَوَّجَ امْرَأَةً لِمَالِهَا أَوْ جَمَالِهَا أَحْرَمَهُ اللَّهُ مَالَهَا وَجَمَالَهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana harta atau kecantikannya, maka Allah pasti mengharamkan terhadapnya harta dan kecantikan wanita tersebut.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 88, hadis no. 411. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Tidak warid hadith dengan lafaz ini, namun terdapat dalam hadith Anas: "Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana kemuliaannya, Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah tidak akan menambahkan kepadanya melainkan kefaqiran. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, Allah tidak akan menambahkan kepadanya melainkan kehinaan. Dan sesiapa yang mengahwini seseorang wanita tidak kerana lain melainkan bertujuan memelihara penglihatannya, menjaga kemaluannya dan mendapatkan rahmatNya, Allah pasti memberikan keberkatan kepadanya melalui wanita itu".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman