Mengadu hanya kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

كان ليعقوب النبي أخ مواخ، فقال له ذات يوم: ما الذي أذهب بصرك، وقوس ظهرك؟ قال: أما الذي أذهب بصري، فالبكاء على (يوسف)، وأما الذي قوس ظهري فالحزن على (بنيامين)، فأتاه جبريل عليه السلام فقال: يا يعقوب! إن الله يقرئك السلام، ويقول لك: أما تستحي أن تشكوني إلى غيري؟ فقال يعقوب: {إنما أشكو بثي وحزني إلى الله} [يوسف: 86]. فقال جبريل: الله أعلم بما تشكو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi Ya’qub mempunyai seorang saudara lelaki. Suatu hari dia berkata kepadanya (Nabi Ya’qub): "Apa yang membuat penglihatanmu pergi dan menjadikan belakangmu bongkok? Jawabnya: Adapun yang membuatkan penglihatanku pergi adalah tangisan ke atas (kehilangan) Yusuf dan apa yang menjadikan belakangmu bongkok adalah kesedihan ke atas (kehilangan) Bunyamin. Lalu Jibril AS datang kepadanya dan berkata: "Wahai Ya’qub! Sesungguhnya Allah memberikan salam kepadamu dan Allah berkata kepadamu: "Tidakkah kamu malu untuk mengadu kepada-Ku kepada selain daripada-Ku?" Jawab Ya’qub: "{Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.}" [Yusuf: 86] Kata Jibril: "Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu adukan."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis nombor 8038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس مرفوعاً: ((كان ليعقوب النبي أخ مواخ، فقال له ذات يوم: ما الذي أذهب بصرك، وقوس ظهرك؟ قال: أما الذي أذهب بصري، فالبكاء على (يوسف)، وأما الذي قوس ظهري فالحزن على (بنيامين)، فأتاه جبريل عليه السلام فقال: يا يعقوب! إن الله يقرئك السلام، ويقول لك: أما تستحي أن تشكوني إلى غيري؟ فقال يعقوب: {إنما أشكو بثي وحزني إلى الله} [يوسف: 86]. فقال جبريل: الله أعلم بما تشكو)). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6880)].

(Munkar)
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Nabi Ya’qub mempunyai seorang saudara lelaki. Suatu hari dia berkata kepadanya (Nabi Ya’qub): "Apa yang membuat penglihatanmu pergi dan menjadikan belakangmu bongkok? Jawabnya: Adapun yang membuatkan penglihatanku pergi adalah tangisan ke atas (kehilangan) Yusuf dan apa yang menjadikan belakangmu bongkok adalah kesedihan ke atas (kehilangan) Bunyamin. Lalu Jibril AS datang kepadanya dan berkata: "Wahai Ya’qub! Sesungguhnya Allah memberikan salam kepadamu dan Allah berkata kepadamu: "Tidakkah kamu malu untuk mengadu kepada-Ku kepada selain daripada-Ku?" Jawab Ya’qub: "{Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.}" [Yusuf: 86] Kata Jibril: "Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu adukan."))
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6880].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs