Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ لِيَعْقُوبَ النَّبِيِّ أَخٌ مُوَاخٍ، فَقَالَ لَهُ ذَاتَ يَوْمٍ: مَا الَّذِي أَذْهَبَ بَصَرَكَ، وَقَوَّسَ ظَهْرَكَ؟ قَالَ: أَمَّا الَّذِي أَذْهَبَ بَصَرِي، فَالْبُكَاءُ عَلَى (يُوسُفَ)، وَأَمَّا الَّذِي قَوَّسَ ظَهْرِي فَالْحُزْنُ عَلَى (بِنْيَامِينَ)، فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عليه السلام فَقَالَ: يَا يَعْقُوبُ! إِنَّ اللَّهَ يُقْرِئُكَ السَّلامَ، وَيَقُولُ لك: أَمَا تَسْتَحْي أَنْ تَشْكُوَنِي إِلَى غَيْرِي؟ فَقَالَ يَعْقُوبُ: {إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ} [يوسف: 86]. فَقَالَ جِبْرِيلُ: اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَشْكُو.
Teks Bahasa Melayu
Nabi Ya'qub mempunyai seorang saudara lelaki. Suatu hari dia berkata kepadanya (Nabi Ya'qub): "Apa yang membuat penglihatanmu pergi dan menjadikan belakangmu bongkok? Jawabnya: Adapun yang membuatkan penglihatanku pergi adalah tangisan ke atas (kehilangan) Yusuf dan apa yang menjadikan belakangmu bongkok adalah kesedihan ke atas (kehilangan) Bunyamin. Lalu Jibril AS datang kepadanya dan berkata: "Wahai Ya’qub! Sesungguhnya Allah memberikan salam kepadamu dan Allah berkata kepadamu: "Tidakkah kamu malu untuk mengadu kepada-Ku kepada selain daripada-Ku?" Jawab Ya’qub: "{Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.}" [Yusuf: 86] Kata Jibril: "Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu adukan."
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis no. 8038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Nabi Ya'qub mempunyai seorang saudara lelaki. Suatu hari dia berkata kepadanya (Nabi Ya'qub): "Apa yang membuat penglihatanmu pergi dan menjadikan belakangmu bongkok? Jawabnya: Adapun yang membuatkan penglihatanku pergi adalah tangisan ke atas (kehilangan) Yusuf dan apa yang menjadikan belakangmu bongkok adalah kesedihan ke atas (kehilangan) Bunyamin. Lalu Jibril AS datang kepadanya dan berkata: "Wahai Ya’qub! Sesungguhnya Allah memberikan salam kepadamu dan Allah berkata kepadamu: "Tidakkah kamu malu untuk mengadu kepada-Ku kepada selain daripada-Ku?" Jawab Ya’qub: "{Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah.}" [Yusuf: 86] Kata Jibril: "Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu adukan.")) [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6880].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman