Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كادتْ النَمِيمَةُ أن تكونَ سِحرًا، وكادَ الفَقْرُ أن يَكونَ كُفرًا.
Teks Bahasa Melayu
Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis no. 92. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كادت النميمة أن تكون سحرا، وكاد الفقر أن يكون كفرا)). [عفيف الخطيب في ((المنظوم والمنثور))، ((الضعيفة)) (1905)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran. [Riwayat ‘Afif al-Khatib dalam al-Manzhum wal Mantsur. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1905]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman